Wednesday, May 21, 2008

SAINS DAN MATEMATIK

Mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris di tahun satu, tingkatan satu serta enam rendah di sekolah kebangsaan mulai tahun 2003 sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. Matlamat utama pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahas Ingerris ialah untuk membolehkan pelajar menguasainya sebagai bahasa ilmu dua bidang pengetahuan berkenaan sejak di peringkat awal. Namun pengajaran dan pembelajaran sains adalah suatu proses yang kompleks yang melibatkan penbinaan makna oleh dalam usaha mereka untuk memahami perkara yang diajar. Masalah dan kesukaran timbul bukan sahaja dari synbol yang digunakan bagi mewakili konsep. tetapi juga dari bahasa yang perlu dikuasai, terutama perkataan teknikal dan bukan teknikal. Artikel ini membincangkan dapatan daripada suatu tinjauan yang melibatkan 82 orang guru pelatih sains dengan tujuan untuk mengetahui sikap mereka terhadap mengajar sains dalam bahasa Inggeris dan kefahaman mereka tentang beberapa istilah bukan teknikal yang dikenalpasti menimbulkan masalah kepada pelajar sekolah menengah dari aspek maknanya dalam konteks sains (Johnstone, 1985). Dapatan menunjukkan kebanyakan daripada mereka berpendapat bahasa Inggeris adalah bahasa yang agak sukar dan lebih dari separuh berpendapat mereka akan menghadapi masalah bila mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Dapatan juga menunjukkan facility value (bilangan mereka yang memilih jawapan betul) bagi setiap perkataan adalah rendah dan ini menunjukkan mereka mempunyai kesukaran untuk memahami maksud istilah berkenaan dalam konteks sains.

0 comments: