Thursday, June 19, 2008

CAFE oohhh CAFE

aku cukup pantang ngan bau cafe kat KMJ tuh... sensitif betol idong aku bila org yang lalu lalang tu bwk bau dari cafe.. spoil mood.,.. mana taknya... bau cafe tu sampai dah terlekat kat baju sapa2 yg masuk cafe tuh... mana ngan lalatnyer... hari2 dok pk.. cemana cara nk pi lunch tanpa melalui penyeksaan bau Cafe pentadbiran tuh?? uhukkk uhukkk.. mummy!!! help me!!!

SUKE NYER DIER...

hureyyy... ptg td pd jam 5.00 ptg.. secara rasminya Cik Hanida dari SIRIM mengumumkan bhw KMJ telah berjaya mengekalkan sijil ISO bagi thn yang kedua dengan ZERO NCR!! wow!! tahu tak siapa yg paling excited.. I'm Glad!! I'm Glad!! katanya... hihihi.. kelakar sungguh... tp, aku x kesah sbb bukan aku yg kene audit.. huhu... apa pun, rasanya, mcm x patot je dpt ZERO NCR.. hihi... geng KMJ!! 'dalam' sungguh mnaksud ayat ni kan???
jumpe lagi!!! tatah!!

Wednesday, May 21, 2008

Komen Tun Mahathir

"Tepuk dulang paku serpih" Kata Dr M pada Musa dan Shahrir


Oleh Dr Mahathir Mohamad
Khamis, 22 Mei 2008
SAYA telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari UMNO yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 hb Mei. Komen oleh dua pemimpin UMNO amat menggelikan hati saya.
Tun Musa Hitam dakwa saya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’
Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.
Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.
Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli UMNO atau tidak.
Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.
Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO.
Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.
Tepuk dulang paku serpih.Katakan orang awak yang lebih.

SAINS DAN MATEMATIK

Mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris di tahun satu, tingkatan satu serta enam rendah di sekolah kebangsaan mulai tahun 2003 sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. Matlamat utama pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahas Ingerris ialah untuk membolehkan pelajar menguasainya sebagai bahasa ilmu dua bidang pengetahuan berkenaan sejak di peringkat awal. Namun pengajaran dan pembelajaran sains adalah suatu proses yang kompleks yang melibatkan penbinaan makna oleh dalam usaha mereka untuk memahami perkara yang diajar. Masalah dan kesukaran timbul bukan sahaja dari synbol yang digunakan bagi mewakili konsep. tetapi juga dari bahasa yang perlu dikuasai, terutama perkataan teknikal dan bukan teknikal. Artikel ini membincangkan dapatan daripada suatu tinjauan yang melibatkan 82 orang guru pelatih sains dengan tujuan untuk mengetahui sikap mereka terhadap mengajar sains dalam bahasa Inggeris dan kefahaman mereka tentang beberapa istilah bukan teknikal yang dikenalpasti menimbulkan masalah kepada pelajar sekolah menengah dari aspek maknanya dalam konteks sains (Johnstone, 1985). Dapatan menunjukkan kebanyakan daripada mereka berpendapat bahasa Inggeris adalah bahasa yang agak sukar dan lebih dari separuh berpendapat mereka akan menghadapi masalah bila mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Dapatan juga menunjukkan facility value (bilangan mereka yang memilih jawapan betul) bagi setiap perkataan adalah rendah dan ini menunjukkan mereka mempunyai kesukaran untuk memahami maksud istilah berkenaan dalam konteks sains.

Travelling


Tabiat saya jika berjalan jalan pastinya akan singgah ditempat tempat yang menyeronokkan.Rasa terkurung dan terperap jika dalam sebulan saya tidak keluar kemana mana. Berkebetulan memang perangai saya suka memandu kereta secara laju dan jauh perjalanan